TAUHID

Pengertian Tauhid

# Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan 

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH

1.   AL-WUJÛD
#  Allah itu ada, wujud-Nya tidak ada permulaan dan tidak ada penghabisan. Sebelum ada alam ini Allah telah ada. Pada waktu alam ada, Allah telah dalam keadaan wujud, dan pada saat alam ini nanti tidak ada lagi, Allah tetap dalam keadaan ada. Wujud Allah itu tidak sama dengan wujud yang ada pada alam ini.

2.    AL-QIDAM
# Qidam adalah wujud yang tiada permulaan, artinya wujud Allah itu tidak didahului oleh `adam (tiada). Sebelum ada sesuatu kecuali Allah, Allah itu telah ada. Wujud Allah tidak terkait dengan zaman, sebab zaman itu ciptaan Allah, sebelum wujud zaman, Allah telah wujud . Wujud Allah tidak terkait dengan tempat, artinya wujud Allah tidak berada dalam tempat, sebab Allah tidak berada dalam tempat dan tidak berada dalam zaman.

3.Al-Baqâ’
#  Al-Baqâ’ adalah wujud yang tiada diiringi dengan tiada, artinya berkekalan wujud pada masa yang akan datang dalam bentuk yang tiada penghabisan. Al-Baqâ’ Allah adalah wujudnya tidak datang `adam selama-lamanya. Wujud Allah tidak sama dengan wujud yang terdapat pada alam ini. Contohnya wujud kayu, wujud manusia, wujud pesawat udara, semua wujud yang terdapat pada benda-benda tersebut dimulai dari tidak ada dan diakhiri dengan kembali kepada tidak ada, akan tetapi wujud yang berada sebagai sifat yang wajib pada Allah tidak diakhiri dengan `adam (tidak ada).

4. MUKHÂLIFATUHU LIL HAWÂDITS
#
  Mukhâlifatuhu Lil Hawâdits adalah perbedaan Allah dengan semua benda, baik yang telah ada atau yang akan ada. Perbedaan Allah dengan hawâdits (baharu) adalah dalam tiga hal:
1). Perbedaan pada zat, yaitu zat Allah tidak sama dengan zat makhluk.
2). Perbezaan pada sifat. Adapun perbezaan Allah dengan makhluk tentang sifat, adalah sifat yang berada pada makhluk itu semuanya mengalami perubahan
3). Perbezaan sifat af`âl (perbuatan). Sifat af’âl atau perbuatan dalam pembahasan ilmu tauhid disebut dengan nama sifat takwîn.

5. Qiyâmuhu bi Nafsihi
# Qiyâmuhu bi Nafsihi artinya Allah itu berdiri sendiri. Allah tidak memerlukankan kepada tempat untuk berdiri

6. Al-Wahdanîyah
# Al-Wahdanîyah (Esa Allah)

7. Al-Qudrah
# Qudrah adalah sifat yang memberi bekas pada menjadikan barang yang mungkin terjadi dan meniadakan barang yang telah ada, dan mungkin tiada lagi

8. Irâdah:
# Irâdah adalah sifat yang menetapkan (menentukan) terjadi satu antara dua kemungkinan yang berlawanan
9. Al-`Ilm
# ‘Ilm adalah sifat yang dengannya nyata bagi Allah segala sesuatu, baik sesuatu itu wajib, mustahil atau harus (jâ’iz)
10. Al-Hayâh
# Hayâh adalah sifat yang wajib ada pada Allah. Sifat hayâh tidak ta`lûq kepada sesuatu, baik wajib, mustahil atau harus
11. As-Sam`
# As-sam’ (mendengar) adalah sifat yang wajib pada Allah, mendengar Allah tidak sama dengan mendengar yang ada pada manusia
12. Al-Bashr
# Al-Bashr (penglihatan) adalah sifat yang wajib ada pada Allah. Allah dengan sifat al-Bashr, melihat semua barang-barang yang ada baik barang itu berada dalam bentuk rupa atau tidak,
barang besar atau kecil, barang itu tersimpan dalam tempat yang sangat tersembunyi sekalipun, Allah melihatnya.
13. Al-Kalâm
# Kalâm Allah adalah sifat yang wajib ada pada Allah. Sifat itu berada pada zat Allah tidak didahului oleh tidak ada dan tidak disudahi oleh tidak ada (azalîyah)
14. Keadaan Allah yang berkuasa.
15. Keadaan Allah yang berkehendak.
16. Keadaan Allah yang mengetahui.
17. Keadaan Allah yang hidup.
18. Keadaan Allah yang mendengar.
19. Keadaan Allah yang melihat.
20. Keadaan Allah yang berkata-kata.

- Tujuh sifat yang tersebut terakhir di atas dinamai dengan sifat ma`nawîyah, sebab antara tujuh sifat ini dengan tujuh sifat sebelumnya berhubungan.

Sifat Harus Bagi Allah s.w.t

# Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada. 

  
SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH

1. ‘Adam beerti “tiada”
2. Huduth beerti “baharu”
3. Fana’ beerti “binasa”
4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”
5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”
6. Ta’addud beerti “berbilang-bilang”
7. ‘Ajz beerti “lemah”
8. Karahah beerti “terpaksa”
9. Jahl beerti “jahil/bodoh”
10. Mawt beerti “mati”
11. Samam beerti “tuli”
12. ‘Umy beerti “buta”
13. Bukm beerti “bisu”
14. Kaunuhu ‘Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”
15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”
16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”
17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”
18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”
19. Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya yang buta”
20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”