Selasa, 4 Januari 2011

AURAT LELAKI DILUAR SOLAT

  1. Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”
  1. Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahra
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.
  1. Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi
- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
- Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakan auratnya seluruh tubuhnya
- iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.
- Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan