KOLEKSI SOALAN

 Adik-adik semua....
JOM KITA JAWAB SOALAN!!
KITA UJI MINDA KITA SEMUA...


 

SEMOGA BERJAYA ADIK-ADIKKU....=)


 
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN FEQAH  - TAHUN 2

Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.

1) Seruan memanggil solat fardhu dengan kalimah tertentu adalah erti bagi
A- Iqamah
B- Azan
C- Solat

2) Sebelum azan kita wajib
A- Berlari
B- Membaca
C- Berwudhu

3) Takbiratul ihram disertai dengan
A- Berangan
B- Niat
C- Menari

4) Dalam solat wajib membaca surah
A- Al fatihah
B- Doa iftitah
C- Doa qunut

5) Apakah hukum melaungkan iqamah ?
A- Sunat
B-Sujud
C- Haram

6) Kita wajib menunaikan solat fardhu……………… waktu sehari semalam.
A- Empat
B- Lima
C- Enam

7) Anggota aurat lelaki ialah
A- Diantara kaki dan muka
B- Diantara lutut dan pusat
C- Diantara kepala dan dagu

8) Bilakah bermula solat fardhu subuh?
A- Terbit fajar sidiq
B- Terbit matahari
C-Hilang mega merah

9) Berapakah bilangan rukun islam ?
A- Tiga
B- Lima
C- Enam

10) Apakah hukum menunaikan solat fardhu ?
A- Haram
B- Sunat
C- Wajib



PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKHLAK TAHUN 2


ARAHAN: BULATKAN PADA JAWAPAN YANG BETUL


1)Kita tidak boleh membuang sampah dimerata tempat, kerana ……?
a)      Mencantikkan alam sekitar .
b)      Mencacatkan alam sekitar .
c)      Hidup bahagia .

2)Persekitaran yang bersih menjadikan kehidupan yang ………
a)      Sakit
b)      Huru-hara
c)      Sihat

3)Kenapakah kita perlu menjaga alam persekitaran ?
I- Bersyukur atas pemberian Allah .
            II- Mencemarkan udara .
           III- Melemahkan tubuh badan .
a)      II dan III
b)      I sahaja
c)      Semua

4)Apakah ucapan menjawab salam ?
a)      Allahuakbar
b)      Assalamualaikum
c)      Waalaikumussalam


5)Berikut manakah yang boleh mencemarkan alam sekitar  .
I-Pembakaran terbuka
II-Merosakkan tandas awam
III-Menyapu sampah
a)      I dan II
b)      II dan III
c)      Semua

6)Apakah erti  ? " اﻟﺤﻠﻢ "
a)      Bercakap kasar
b)      Mengawal diri dari marah
c)      Belas kasihan

7)Bersopan santun termasuk didalam perbuatan ini kecuali .
I-Pertuturan
II-Pergaulan
III-Mencuri
a)      Semua
b)      I , II dan III
c)      II dan III

8)“اﻷﻟﻔﺔ ” merupakan sifat yang ………?
a)      Dilarang
b)      Dikeji
c)      Baik

9)Diantara berikut manakah bukan sifat “اﻷﻟﻔﺔ ” kecuali .
a)      Bergaduh
b)      Sombong
c)      Menghormati

10) Siapakah yang perlu mendapat sifat belas kasihan ?
a)      Anak kucing
b)      Pakaian
c)      Kereta