Rabu, 12 Januari 2011

TEKANAN EMOSI



Tekanan (stress) yang kita rasa perlu disalurkan ke tempat lain. Jangan menakung rasa tertekan terlalu lama sebaliknya simpan sebentar kemudian alirkan keluar. Anda boleh luahkan tekanan melalui percakapan atau melalui perbuatan.


Tekanan dalam hidup kita muncul tanpa di sangka. Oleh kita perlu bijak mengalirkannya ke tempat lain, bukannya menakung tekanan kerana kita tidak dapat menanggung banyak tekanan dalam masa yang lama.
Tekanan gunanya untuk menggesa kita supaya berubah, bukan untuk membebankan kepala.

Selasa, 11 Januari 2011

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK ADIK - ADIK



“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.

Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda. Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.

 

PASANG MATLAMAT MAHU GEMBIRA SETIAP HARI



Sudah pasti Anda ada matlamat sekarang ni. Anda mahu berjaya, mahu bahagia. Kali ni, usah terlalu struggle lagi. Tak perlu mengerah minda bersusah-payah berusaha. Itu cara dulu.


Sekarang, kita guna cara baru. Wujudkan kegembiraan digabung dengan kerajinan berusaha. Dengan kegembiraan, Anda akan bersemangat. Setiap kali Anda gembira, setiap kali itu jugalah Anda akan bersemangat. Buat apa pun makin menjadi, dalam apa jua perkara Anda usahakan.
Pasang matlamat mahu gembira setiap hari. Ini caranya. Ambil sekeping kertas dan pen. Tarik nafas dalam-dalam. Tenagkan fikiran. Bebaskan dari memikirkan hutang, masalah dan segala jenis musibah. Lupakan. Let go!
Selepas tu, tuliskan matlamat Anda mahu gembira setiap hari. Tuliskan begini “Aku mahu gembira hari ini“. Bila dah buat begini, samalah macam Anda dah tanam benih. Selepas tu, bila benih dah tumbuh jadi anak pokok dan semakin membesar, kena siram dan baja selalu.
Bajai dan sirami benih kegembiraan di hati Anda dengan cinta, kesyukuran dan kemaafan. Hargai orang yang Anda cintai.
Ucap terima kasih pada dia kerana dia mencintai Anda, walaupun selama ni Anda dah hidup bersama-sama dengan dia sebagai suami isteri 17 tahun lalu! Bukan buang tebiat, tapi untuk nak hargai isteri atau suami Anda, supaya dari situ Anda kekal bersemangat.
Kekalkan yang baik, kurangkan lalu hapuskan yang buruk-buruk di fikiran. Barulah kegembiraan kekal di hati . Bila dah gembira, apa saja yang Anda buat senang jadinya.

SIKAP POSITIF YANG PERLU ANDA BINA TAHUN 2011


1. Berhenti mengomplen.
Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi.
Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya
5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.
Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

KITA GAGAL SEBAB KITA DISURUH BERJAYA!


Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap. Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati. Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar.

Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai betul-betul menjadi.Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan.  orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap, untuk kita genggam di dalam tangan kita.
Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat lelah.
Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling Anda, kita leh nampak ada banyak orang camni.
Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ‘shortcut’ atau jalan pintas.
Anda kena berusaha keras. Anda kena menempuh kegagalan, barulah Anda beroleh kejayaan. Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik Anda menjadi dekat dengan kejayaan.
Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh kejayaan.Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya yang jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang ‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.

Ahad, 9 Januari 2011

RENUNGAN

 
Jika nak jadi bunga,
jadilah bunga yang harum

jika nak jadi batu,
jadilah batu permata.

jika nak jadi burung,
jadilah burung yang terbang laju.

jka nak jadi pelajar,
jadilah pelajar yang cemerlang.

jika nak jadi manusia,
jadilah manusia yang berguna.

Sabtu, 8 Januari 2011

WANITA SOLEHAH




Wanita solehah umpama mawar berduri…
Tingkah lakunya dari hati yang murni…
Kata-katanya umpama puisi abadi…
Senyumnya semanis seharum kasturi…
Jaga diri, hiasi peribadi


Pandangan seorang wanita adalah pisau
Kata-katanya adalah tombak
Jagalah pandangan, hiasi kata-kata
Moga menjadi hiasan terindah di dunia…

SAHABAT YANG SOLEH






SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

SANTAPAN ROHANI

renungkanlah........

 1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

 14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hiam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

 16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

 17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

 21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.