MOTIVASI


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.




NUR CEMERLANG , EMOSI CEMERLANG









Ketika belajar, untuk cemerlang dalam pelajaran, kita perlukan IQ. Selepas tamat belajar, mula bekerja dan membina keluarga, kita perlukan EQ.
EQ adalah kepintaran emosi. Untuk kita mencapai tahap cemerlang, emosi kita sentiasa perlu dipositifkan. Dalam kajian saya, emosi yang mencetuskan kecemerlangan adalah emosi yang ditunjangi unsur-unsur keagamaan dan unsur-unsur spiritual sebab agama bersifat positif kerana kita mendekatkan diri pada Tuhan dan tenaga-tenaga alam.
Ramai orang Barat berjaya mencapai tahap cemerlang sebab mereka menyelaraskan emosi positif dengan tindakan positif ditunjangi unsur-unsur spiritual positif. Unsur spiritual yang positif adalah pergantungan pada satu ‘kuasa’ yang memandu tindakan mereka, memberi ilham, saranan dan idea. Mereka panggil ini sebagai ‘faith’.
Kita sebagai Melayu beragama Islam amat bertuah sebab Allah swt memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang mahu berjaya di dunia dan akhirat. Syaratnya mudah (tapi sebenarnya susah dilaksanakan). Dekatkan diri pada Allah, ingat namanya selalu, redha dengan ujian-ujiannya, bersangka baik dengan ketentuannya, berushaa menjadi hamba yang terbaik.
Hamba yang terbaik adalah hamba yang dikasihi oleh Allah. Bila sudah dikasihi, sudah pasti doa kita berpotensi dimakbulkan olehnya. Bila doa digabung bersama usaha, pasti kejayaan berpihak kepada kita.

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK MINDA

“Exercising our brains systematically ways is as important as exercising our bodies. In my experience, “Use it or lose it” should really be “Use it and get more of it”.- Dr. Elkhonon Goldberg.
Dr. Elkhonon Goldberg adalah pakar kajian minda yang terkenal dari fakulti perubatan, Universiti New York juga merupakan professor bidang neurology di universiti yang sama. Dia terkenal dalam bidang neuropsychologist iaitu bidang yang mengkaji kaitan antara minda dan kejayaan manusia.
Lebih banyak kita menggunakan minda kita, maka lebih kuat minda kita jadinya.
Lebih banyak kita gerakkan minda, lebih banyak kita mendapat manfaatnya. Kita akan jadi makin berjaya.
Lebih banyak kita tak gunakan minda dan tak menerokai kelebihan-kelebihan minda, kita tak akan ke mana-mana, tak berjaya mencapai apa-apa, tak dapat mengubah apa-apa di dalam hidup kita.
Manfaat paling ketara, Anda mudah untuk mengingati sesuatu, Anda mempunyai gerak hati yang kuat, Anda dapat memberi cadangan yang bernas yang jauh lebih bernas dari cadangan-cadangan lain.
Imaginasi Anda akan jadi semakin tinggi hingga menyebabkan Anda boleh membayangkan sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh orang lain, maksud saya Anda boleh melihat sesuatu output yang belum dapat dibayangkan oleh orang lain. Disebabkan itu, orang lain akan menganggap Anda seseorang yang penting.
Mereka menjadikan Anda menjadikan Anda orang penting yang mesti ada tiap kali nak buat apa-apa keputusan. Ini membangkitkan kuasa pengaruh, menjadikan mereka hormat pada Anda.
Bangunan menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, CyberJaya, Wawasan 2020 dimulakan oleh seorang lelaki yang banyak menggunakan mindanya, Dr Mahathir Mohammad.
Untuk kita membina kecemerlangan diri, banyak-banyakkan guna minda kita.
Banyakkan membaca, banyakkan berfikir cemana nak memajukan diri, banyakkan menafsir perkara-perkara yang kita lalui dan yang kita lihat setiap hari. Setiap situasi, benda dan perkara mesti ada motivasi tersirat disebaliknya.



BERDEPAN SEBUAH KEMALASAN





Kala cuti begini, kita cenderung bermalas-malas. Bermalas-malas itu boleh, tapi malas berlebihan itu kurang di galakkan. Sebagai orang Melayu beragama Islam, molek la kiranya masa yang ada kita manfaatkan untuk meransang diri kita menuju pintu-pintu kejayaan.
Pintu kejayaan hanya akan terbuka bagi orang yang sungguh-sungguh mahu menuju ke arahnya. Bagaimana kita nak bersungguh-sungguh andaikata kita tidak mahir mengawal sikap malas yang berkampung di dalam jasad kita?
Aktiviti bermalasan perlu, tapi biarlah pada waktu yang ngam. Masa yang ada, terbazir rasanya jika di isikan dengan hiburan berlebihan. Aktiviti riadah juga perlu, tapi biarlah dalam amaun yang ngam.
Saya berkata ini bukan untuk menunjukkan hanya saya seorang saja yang betul. Entri kali ini sebagai peringatan untuk diri saya saya sendiri juga untuk Anda. Sama-samalah kita saling beringat-ingat, saling tegur-menegur di antara satu sama lain. Barulah kita boleh sama-sama maju.
Cuma usaha tangan kita yang boleh memajukan diri kita, bukan tangan orang lain walaupun orang lain tu ibu dan bapa kita sendiri.

Pasang matlamat mahu gembira setiap hari.



Sudah pasti Anda ada matlamat sekarang ni. Anda mahu berjaya, mahu bahagia. Kali ni, usah terlalu struggle lagi. Tak perlu mengerah minda bersusah-payah berusaha. Itu cara dulu.
Sekarang, kita guna cara baru. Wujudkan kegembiraan digabung dengan kerajinan berusaha. Dengan kegembiraan, Anda akan bersemangat. Setiap kali Anda gembira, setiap kali itu jugalah Anda akan bersemangat. Buat apa pun makin menjadi, dalam apa jua perkara Anda usahakan.
Pasang matlamat mahu gembira setiap hari. Ini caranya. Ambil sekeping kertas dan pen. Tarik nafas dalam-dalam. Tenagkan fikiran. Bebaskan dari memikirkan hutang, masalah dan segala jenis musibah. Lupakan. Let go!
Selepas tu, tuliskan matlamat Anda mahu gembira setiap hari. Tuliskan begini “Aku mahu gembira hari ini“. Bila dah buat begini, samalah macam Anda dah tanam benih. Selepas tu, bila benih dah tumbuh jadi anak pokok dan semakin membesar, kena siram dan baja selalu.
Bajai dan sirami benih kegembiraan di hati Anda dengan cinta, kesyukuran dan kemaafan. Hargai orang yang Anda cintai.
Ucap terima kasih pada dia kerana dia mencintai Anda, walaupun selama ni Anda dah hidup bersama-sama dengan dia sebagai suami isteri 17 tahun lalu! Bukan buang tebiat, tapi untuk nak hargai isteri atau suami Anda, supaya dari situ Anda kekal bersemangat.
Kekalkan yang baik, kurangkan lalu hapuskan yang buruk-buruk di fikiran. Barulah kegembiraan kekal di hati . Bila dah gembira, apa saja yang Anda buat senang jadinya.

Banyakkan bercakap dapat membina sikap yakin diri


Banyakkan bercakap dapat membina sikap yakin diri
Orang yang banyak bercakap, dia yakin pada diri sendiri. Tak ada timbul sikap takut-takut, sikap teragak-agak ataupun gemuruh.
Selain mengubah gaya berjalan, untuk membina keyakinan diri, latih diri Anda banyak bercakap. Mulakan dari rumah atau mulakan ketika berada bersama kengkawan Anda.
Banyakkan bercakap dengan mak, ayah, adik beradik dan sesiapa saja. Lakukan setiap hari. Selepas seminggu, Anda akan perasan orang yang Anda tak kenal pun anda boleh ajak bercakap..tanpa rasa malu!
Ketika Anda sedang bercakap dengan seseorang, tetapkan anak mata Anda.
Jika Anda tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan saat Anda sedang bercakap, itu petanda Anda kurang keyakinan diri. ketika bercakap, neutralkan  muka dan pandang orang di depan Anda dengan pandangan santai. Orang di depan Anda akan merasa selesa bercakap-cakap dengan Anda.
Jika Anda perasan yang Anda kehabisan idea untuk bercakap, tarik nafas perlahan-lahan lalu hembus perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali. Lama-kelamaan idea muncul tanpa di sangka-sangka. Otak kita memerlukan lebih banyak oksigen untuk mengeluarkan lebih banyak idea.
Semakian banyak Anda bercakap, semakin yakin Anda jadinya.
Orang yang banyak bercakap, dia yakin pada diri sendiri. Tak ada timbul sikap takut-takut, sikap teragak-agak ataupun gemuruh.
Selain mengubah gaya berjalan, untuk membina keyakinan diri, latih diri Anda banyak bercakap. Mulakan dari rumah atau mulakan ketika berada bersama kengkawan Anda.
Banyakkan bercakap dengan mak, ayah, adik beradik dan sesiapa saja.
Lakukan setiap hari. Selepas seminggu, Anda akan perasan orang yang Anda tak kenal pun anda boleh ajak bercakap..tanpa rasa malu!
Ketika Anda sedang bercakap dengan seseorang, tetapkan anak mata Anda. Jika Anda tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan atau tunduk saat Anda sedang bercakap, itu petanda Anda kurang keyakinan diri.
Ketika bercakap, neutralkan  muka dan pandang orang di depan Anda dengan pandangan santai. Orang di depan Anda akan merasa selesa bercakap-cakap dengan Anda.
Jika Anda perasan yang Anda kehabisan idea untuk bercakap, tarik nafas perlahan-lahan lalu hembus perlahan-lahan. Ulang sebanyak 3 kali.
Lama-kelamaan idea muncul tanpa di sangka-sangka. Otak kita memerlukan lebih banyak oksigen untuk mengeluarkan lebih banyak idea. Semakian banyak Anda bercakap, semakin yakin Anda jadinya.

Berjalan cepat untuk membina keyakinan diri


Berjalan cepat untuk membina keyakinan diri
Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika Anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya Anda berjalan.
Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.
Pada peringkat permulaan Anda mengubah gaya Anda berjalan, Anda akan terasa sedikit kekok.
Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan. Perhatikan, kaji dan aplikasikan pada diri sendiri.
Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak,  tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata Anda tegak memandang ke depan.
Bila di amalkan selalu hingga menjadi tabiat, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi. Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat Anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.
Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika Anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya Anda berjalan.
Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukaan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tak semestinya berjalan kelam kabut tapi jalan yang neutral – tak terlalu lambat, tak terlalu laju.
Pada peringkat permulaan Anda mengubah gaya Anda berjalan, Anda akan terasa sedikit kekok. Cuba tengok gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan.
Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukaan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak,  tak membongkok dan tak terlalu mendada. Ikut langkah ni dan amalkan selalu. Berjalan dengan bukaan langkah yang besar dan mata Anda tegak memandang ke depan.
Bila gaya jalan camni dah jadi tabiat Anda, Anda akan dianggap sebagai orang yang berkeyakinan tinggi. Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang camtu, lantas membuat Anda merasa yakin. Tak ada lagi perasaan gugup atau gusar.


Membina yakin diri bermula dari membina ketenangan


Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat.
Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap.
Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal oleh emosi.
Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi.
Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan.
Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya.
Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri.
Orang yang kita nampak konpiden, biasanya tenang-tenang saja.

redha dilanda masalah


Berapa orang di antara kita redha dengan masalah yang menimpa dirinya? Cuma sedikit, kerana ramai yang menyumpah-nyumpah, mengeluh bahkan menyalahkah Tuhan kerana membebankan masalah. Tak habis satu masalah, datang lagi satu masalah. Redha dilanda masalah akan menjadikan kita insan bersemangat tinggi.
Kita akan bersemangat tinggi mahu keluar dari masalah. Usahlah sakit hati diberikan masalah yang tak pernah Anda minta. Doalah sebanyak mungkin, selain rajinkan diri berusaha menyelesaikan masalah. Akhirannya, Anda akan berubah menjadi orang berhati tabah, bermotivasi serta befikiran positif.